Chelsea dan Manchester United Bersaudara??

Oleh Rafidz Razali

Dalam perpindahan kelab EPL Chelsea mahupun United agak sinonim sejak berzaman lalu.Pemain datang dan pergi ,keluar dan masuk .Diantara pemain2 yg pernah menyertai United ↔Chelsea diantaranya.Mark Hughes,Paul Parker,Juan Sebastian Veron,Mark Bosnich,Juan Mata dan terkini Nemanja Matic.

Kronolgi perpindahan pemain yg pernah terjadi antara Man.Utd ➡⬅Chelsea ,Chelsea ➡⬅Man.Utd.

1) Mark Hughes
 

Hughes adalah seorang “pahlawan seketika” di United kerana pernah keluar dan masuk kelab lain dalam masa yg sama berada di Old Trafford sebagai hero tak diundang.
Pada tahun pertama, dari 1980-86, dia menjaringkan hampir 50 gol dalam 121 perlawanan tetapi hanya memenangi Piala FA sebelum berpindah ke Barcelona dan kemudian ke Bayern Munich.
Kembali ke United pada tahun 1988, Hughes menjadi sebahagian penting kejayaan pertama pengurus Alex Ferguson. Dia menjaringkan dua gol dalam final Piala FA 1990 menentang Crystal Palace sebelum membantu United memenangi ketika perlawanan timbal balik di Wembley, dan dua lagi gol dalam final Cup Winners Cup tahun berikutnya. Selepas memenangi Liga Perdana pada 1993 dan 1994, Hughes berpindah ke Chelsea pada bulan Julai 1995 di mana dia membentuk gandingan bersama Gianfranco Zola, sekali lagi memenangi Piala FA dan Cup Winners Cup pada musim tersebut.

2) Juan Sebastian Veron

Selepas dua musim yg agak sederhana, dia berpindah ke Chelsea tetapi aksi nya terbatas oleh kecederaan dan kurang menyesuaikan diri .Akhbar The Times pernah menyenaraikan dua perpindahan itu sebagai antara 50 terburuk dalam sejarah Liga Perdana.

3) Mark Bosnich
 

Penjaga gol yg berasal dari Australia tersebut pernah menghabiskan masa selama dua musim bersama United, yang pertama sebagai pemain pada usia17 tahun. Dia bermain hanya tiga perlawanan sebelum pulang ke negaranya tetapi kembali lapan tahun kemudian dengan menyertai Aston Villa untuk jangka masa yang lebih panjang dalam pasukan.
Pada musim 1999-2000 menyertai semula United setelah penjaga gol legenda Peter Schmichael berhijrah , dia memenangi pingat kejuaraan Liga Perdana bersama United tetapi kemudian kehilangan tempatnya setelah Man.Utd menandatangani penjaga gawang yg baru iaitu Fabien Barthez dan pada Januari 2001 Bosnich menyertai Chelsea.Langkah beliau berpindah ke Stamford Bridge berakhir teruk dengan gagal dalam ujian dadah pada tahun berikutnya, selepas itu kelab memecatnya.

4) Paul Parker

Pemain pertahanan England Paul Parker adalah seorang pemain yg telah melakukan kerja nya lebih baik di Old Trafford berbanding berpindah ke Stamford Bridge.
Beraksi bersama Fulham dan Queens Park Rangers di London membuat kan diri beliau layak berpindah ke United pada 1991, setahun selepas beraksi cemerlang untuk England di pusingan akhir Piala Dunia pada 1990.Beliau pernah memenangi dua gelaran liga, Piala FA dan Piala Liga tetapi akhirnya diketepikan oleh budak graduan akademi United iaitu Gary Neville.
Parker membantu Chelsea semasa krisis kecederaan pada tahun 1997 sebelum membawa diri beliau untuk bermain di liga bawahan.

5) Juan Mata
 Mata menghabiskan masa dua setengah tahun di Chelsea, memenangi Piala FA, Liga Juara-Juara dan Liga Europa sebelum menandatangani rekod perpindahan ke United pada masa itu dengan harga £37.1 juta pound pada Januari 2014.Dia dijual oleh Jose Mourinho ketika itu kemudian menjadi pengurusnya semula ketika itu setelah pengurus dari Portugal itu bergabung dengan United pada 2016.

6) Nemanja Matic

Pemain tinggi lampai dari Serbia ini pernah menyertai Chelsea pada 2009 sehingga tahun 2011 beliau dipinjamkan ke Vitesse Arhem di Belanda sebelum Benfica menyambar beliau secara perpindahan tetap .Pada 2014 Jose Mourinho kembali mengambil beliau semula dengan perpindahan ke Chelsea dengan harga £21 juta.Selama hampir 4 musim bersama Chelsea beliau bergabung semula dengan bekas boss nya ketika di Chelsea setelah berpindah ke Old Trafford pada Julai 2017 dengan harga £40 juta.Ketika ini Matic merupakan tonggak utama dibawah Jose Mourinho di Man.Utd.

Like Our Facebook Page: http://bit.ly/GEMUKPAGE

JOM DAFTAR SEKARANG!!!

Pendaftaran keahlian dibuka sekarang. Anda boleh terus mendaftar di http://bit.ly/GEMUKMembership atau secara manual whatsapp (+60192413441) sahaja terus kepada admin bertugas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *