Krisis penjaga gol selepas berakhirnnya khidmat legenda Peter Schmeichel.

Selepas kejayaan penuh dramatik pada musim 1998/1999 ,penjaga gol legenda yg berasal dari Denmark Peter Schmeichel membuat keputusan utk berhijrah ke Sporting Lisbon selepas selama 10 tahun mengecapi kejayaan di Old Trafford.Selepas khabar berita itu disebar oleh pihak media Sir Alex mula menjejak penjaga gol yg boleh diganti dengan The Great Dane itu.Dan pada bulan musim panas 1999 United menjejak bekas penjaga gol akademi Man.Utd iaitu Mark Bosnich yang ketika itu tidak disambung kontrak nya bersama Aston Villa.Beliau menyertai semula United dengan perpindahan percuma.Penjaga gol berasal dari Australia itu pernah menyertai skuad belia United pada usia 17 tahun dan selepas itu berhijrah ke Sdyney Croatia sebelum kembali ke England dengan menyertai Aston Villa.Pada pertengahan musim beliau mengalami kecederaan dan tempat beliau diganti kan dengan penjaga gol kedua iaitu Raimond Van der Gouw.Penjaga gol dari Belanda itu mengalas tugas dengan baik setelah ketiadaan Bosnich .Sehingga la pertembungan menentang Arsenal di Higbury dengan kemenangan 2-1 beliau mengalami kecederaan di muka ,membuatkan kem United gelisah setelah Bosnich belum lagi pulih dari kecederaan.Justeru Sir Alex segera menekan butang kecemasan dengan mencari penjaga gol yg baru setelah musim baru saja bermula,sehingga la kehadiran penjaga gawang yang baru dari Itali Massimo Taibi dari Venezia yg dibeli dengan harga £4.5 juta .Tugas pertama Taibi adalah menentang musuh utama iaitu Liverpool di Anfield ,kebanyakan peminat United ketika itu tidak mengenali latar belakang beliau sebagai penjaga gol yg agak bagus.Ketika pertembungan di Anfield United menang 3-2 .Dua gol dijaringkan oleh Liverpool ketika itu ada dikatakan kesilapan beliau dan juga ketangkasan nya dipuji dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari penyerang Liverpool termasuk satu lawan satu dengan Vladimir Smicer.Taibi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik pada perlawanan tersebut.

Massimo Taibi

Selepas itu United bertemu Southampton di Old Trafford .Peristiwa yg sukar dilupakan oleh peminat2 Man.Utd khususnya apabila rembatan Matt Le Tissier hanya melalui celahan kangkang Taibi selepas beliau gagal mendakap kemas bola tersebut,bak kata most worst blunder dilakukan oleh penjaga gol dari Itali tersebut dan beliau digelar ‘The Blind Venetian’ oleh media Inggeris.Setelah hanya bermain 4 perlawanan beliau dipinjamkan ke Reggina sehingga akhir musim dan ditawarkan perpindahan tetap dengan harga £2.5 juta.

Walaubagaimana pun Mark Bosnich selepas itu kembali pulih dari kecederaan dan membantu United memenangi gelaran EPL dan sebelum itu juga memenangi Intercontinental Cup yang berlangsung di Jepun dengan menewaskan Palmeiras 1-0 hasil jaringan Roy Keane dengan Bosnich menjaga gawang gol ketika itu.United adalah satu2 kelab pertama memenangi nya.Berakhirnya musim 1999/2000 Bosnich menjadi pilihan ketiga selepas pemenang Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 Fabian Barthez menyertai United.Pada 2001 Bosnich berhijrah ke Chelsea .

Dalam autobiografi Alex Ferguson yang dikeluarkan pada tahun 2013, beliau menganggap Bosnich sebagai “seorang yang amat dasyat dalam etika profesional “. Bosnich bertindak balas kepada Ferguson, berkata, “Faktanya masih kekal sebagai satu-satunya pemain yang dia tandatangani dua kali di Manchester United, saya sangat berbesar hati kerana dia mempunyai hak untuk melihat saya dan saya layak mendapat kan nya

“Begitu hebatnya Sir Alex menghadapi onak dan liku dugaan yg amat hebat setelah beliau mengalami krisis penjaga gawang setelah Peter Schmeichel berhijrah.Bayangkan 2 penjaga gol terpaksa diketepikan dan masalah itu berlaku ketika aksi domestik dan liga baru saja bermula.

Oleh Rafidz Razali.

JOM DAFTAR!!!

Pendaftaran keahlian dibuka sekarang. Anda boleh terus mendaftar di http://bit.ly/GEMUKMembership atau secara manual whatsapp (+60192413441) sahaja terus kepada admin bertugas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *