No.7 keramat di Old Trafford

Nombor ikonik nombor 7 di United selalu diberi perhatian tiap kali pemain itu memakai nya.Bukan sebarang nombor ianya sudah tersemat dengan sejarah2 lampau si pemakai nombor ini.Ianya adalah nombor keramat setiap kali siapa yg memakai nya terutama di kelab popular dan terhebat seperti Manchester United.Bermula dari era George Best ,Steve Coppell,Bryan Robson dan tak lain tak bukan lagi Eric The King Cantona.Dahulu nya pemain seperti Andrei kanchelskis, Lee Sharpe sempat juga memakai nombor keramat ini utk pertandingan lain kerana ketika itu belum ada lagi sistem tetap untuk nombor jersi setiap pemain.Dari era 90an sehingga era millenium pemain yg memakai nombor 7 seperti Eric Cantona ,David Beckham mengecapi kejayaan sepanjang karier mereka.Selepas itu tiba la pemuda dari Lisbon berambut kerinting tiba di Old Trafford iaitu Cristiano Ronaldo meneruskan legasi no.7 United di Old Trafford.Selepas hampir 5 musim di United beliau berhijrah ke Real Madrid ,situasi sama bila pemilik no.7,David Beckham sebelum ini juga ke Santiago Bernabeu dan selepas itu no.keramat ini bukan lagi digeruni pihak lawan.Kita bermula dari era gemilang 50an dan 60an.

Johnny Berry (1951-1958)

Pemain era Sir Matt Busby yg sangat dikenali dikalangan peminat United kerana tragedi Munich.Berry merupakan salah seorang daripada skuad era The Busby Babes yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialami di dalam bencana udara Munich. Walau bagaimanapun, dia berjaya memenangi tiga gelaran liga selama lapan tahun di kelab dan dianggap sebagai pemain muda terbaik di Britain.

George Best (1963-1974)

Legenda yg tidak payah diperkenalkan lagi.George Best pemuda berasal dari Belfast Ireland merupakan jantung dan nadi pasukan ketika era kegemilangan beliau membantu United memenangi pelbagai kejuaraan termasuk Piala Eropah 1968 di Wembley.Masalah ketagihan alkohol dan kaki perempuan merupakan watak diluar padang dan menjadi tumpuan media ketika itu.Tetapi beliau tetap hebat beraksi di padang.Best membuat penampilan sebanyak 361 perlawanan dengan 137 gol dijaringkan.

Steve Coppell (1975-1983)

Setelah Georgi Best meninggalkan United ,pemain tengah United Steve Coppell menyambung legasi no.7 United .Walaupn tidak sehebat Best beliau juga membantu United mengalahkan Liverpool pada aksi final 1977 dan selama 6 tahun menyarung jersi keramat dan 3 kali membawa United ke Wembley.

Bryan Robson (1981-1994)

The Captain Marvel ,robbo atau Bryan Robson tiba pada 1981 apabila Coppell bertukar no.keramat itu kepada Robson.Robson tiba dari West Brom Albion dengan perpindahan ‘British transfer record’ ketika itu.Robson membantu United memenangi Piala Pemenang Piala ,FA CUP dan menamatkan penantian memenangi gelaran EPL pertama pada musim 1992/1993.Dan selepas itu beliau berhijrah ke Middlesbrough.

Eric Cantona (1992-1997)

Pemain penyerang yg cukup lengkap dari segi teknik dan skill.Bukan lain lagi Eric Cantona si pemakai no.7 yg merupakan legenda terbilang yg pernah kita saksikan sepanjang beliau di United .Pelbagai isu dan kontroversi pernah melanda beliau ketika berada di Old Trafford .Pernah di gantung 8 bulan akibat sepakan Ala Kungfu kepada penyokong C.Palace di Selhurts Park.Sepanjang karier beliau bersama United Cantona membantu United memenangi 4 gelaran EPL dan dua Piala FA .Kenangan manis apabila menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan musuh ketat Liverpool di Wembley pada musim 1995/1996.Cantona merupakan ketua pasukan bermula pada musim 1994/1995 sehingga la beliau mengumumkan persaraan nya setelah 5 musim di Old Trafford dan menyerahkan lilitan kapten kepada Roy Keane pada musim 1996/1997.

David Beckham (1992-2003)

Ikon terkenal seluruh dunia bukan sahaja sebagai pemain bolasepak tetapi di luar padang juga beliau merupakan seorg jenama komersial utk berbagai produk terkenal seluruh dunia.Pemain yg merupakan produk dari akademi Man.Utd yg dikenali sebagai ‘Class of 92’ ,Beckham sebelum ini menggunakan no.24 sebagai nombor beliau ketika beraksi bersama skuad senior selepas pemergian Cantona ,Beckham diserahkan no.keramat ini.Pelbagai kejayaan yg diperolehi ketika Beckham bersama United dengan menyarung jersi no.7 ini ,dengan 5 gelaran Epl ,Fa Cup 1996,Liga Juara Juara Eropah (treble) pada 1999 dan akhirnya beliau berpindah ke Real Madrid pada 2003.Beckham juga tidak terlepas dengan kontroversi ,tragedi but terbang yg disepak oleh Sir Alex ,di boo oleh penyokong (kad merah di France 98) salah satu asam garam dan liku2 yg beliau hadapi spanjang bersama Manchester United tetapi hubungan nya dengan beberapa pemain sezaman dengan nya masih utuh.

Cristiano Ronaldo (2003-2009)

Seorg lagi ikon bolasepak dunia ketika ini merupakan penyambung legasi no.7 United dan boleh dikatakan legenda sepanjang zaman di Old Trafford .Sir Alex Ferguson tidak teragak2 membawa pemain ini setelah melihat aksi beliau ketika pra musim 2003 ketika Ronaldo mewakili Sporting Lisbon.Perlawanan debut menentang Bolton merupakan aksi pertama beliau kelincahan dengan gaya gelekan dan gelecekan beliau membuatkan Ronaldo merupakan pengganti ideal utk Beckham dari segi teknikal dan gaya permainan.Mampu menggunakan kaki kiri dan kanan ,itulah kebolehan tambahan beliau.Ronaldo membantu United dengan memenangi 4 gelaran EPL ,satu Piala FA ,Piala kelab dunia dan Liga Juara Juara Eropah pada 2008.Setelah bersama selama 6 musim bersama United beliau berhijrah ke Real Madrid dan terus cemerlang bersama kelab gergasi itu.Kini beliau meneruskan karier di Juventus.

Michael Owen (2009-2012)

Bekas legenda Liverpool Michael Owen menyertai United dengan hanya perpindahan percuma dari Newcastle United.United memberi penghormatan dengan memberi jersi no.7 kepada beliau selepas permergian Ronaldo ke Real Madrid.Owen beraksi hampir 3 musim bersama United dengan 1 medal piala Carling dan satu medal epl (satu2 nya medal yg beliau tidak pernah dapat ketika bersama Liverpool) .Gol lewat minit akhir ketika aksi Manchester Derby tidak akan dilupakan ketika musim pertama beliau bersama United walaupun aksi beliau tidak se gah pemilik no.7 sebelum ini.

Antonio Valencia (2012-2013 -hingga kini no.25)

Agak pelik tetapi benar Valencia memakai nombor keramat ini selepas Owen berpindah ke Stoke City .Sebelum ini pemain sayap Ecuador tersebut menggunakan jersi bernombor 25 ketika mula hadir ke Old Trafford .Sir Alex membawa beliau bersama Owen dan Gabriel Obertan ketika musim 2009/2010 Owen diberikan no.7 .Ketika pertengahan musim 2012/2013 Valencia mula meminta semula no.25 beliau dan selepas itu tiada pemilik no.7 selepas beliau tidak memakai nya.Sehingga kini kapten Umited itu menggunakan nombor kebiasaan beliau iaitu 25.Masih bersama United dan merupakan pemain era Sir Alex Ferguson.

Angel Di Maria (2014-2015)

Selepas membantu Real Madrid memenangi gelaran Liga Juara Juara Eropah yg ke -10 kali pemain sayap itu dibeli oleh Louis Van Gaal pada musim 2014/2015.Pemain yg berasal dari Argentina ini diberi no.keramat 7 setelah persoalan terjawab ketika tiada lagi pemain bertaraf world class memakai no.ini.Dan pemain ini tiba dan diberi nombor ini ,tapi sayangnya pemain sayap ini tidak konsisten berbeza dengan aksi permulaan perlawanan pertama menentang QPR dalam aksi liga dengan menjaringkan gol pertama beliau.Di Maria tidak lama di Old Trafford ,ianya seperti sumpah seranah terhadap pemakai jersi no.7 itu setelah beliau sendiri meninggalkan Manchester United dengan hanya semusim sahaja bertahan.

Memphis Depay (2015-2017)

Pengurus United ketika itu Louis Van Gaal membawa Depay ketika beraksi cemerlang membantu Belanda mendapat tempat ke-3 dalam kempen Piala Dunia di Brazil.Depay diberi no.keramat tersebut setelah menyertai United dan peminat2 United ketika itu agak sangsi adakah beliau mampu meneruskan kecemerlangan pemakai2 no.7 sebelum ini selepas gagal nya Di Maria ketika di United.Ianya ternyata sebagai sumpahan ketiga apabila Depay tidak beraksi baik yg disangkakan adakah dsebabkan no.keramat tersebut?Ianya seperti berhantu.Depay akhir nya berhijrah ke Lyon dengan ‘option to buy ‘.Ketika ini aksi beliau bersama Lyon agak memuaskan mungkin beliau sesuai bermain liga di sana berbanding tugas berat bermaindi epl ditambah menggunakan jersi no.7 di United.

Alexis Sanchez (Januari 2018 -kini)

Bekas ayam tambatan Arsenal tiba di Old Trafford pada perpindahan Januari lalu.Selepas beberapa bulan no.keramat ini di tinggalkan akhir terjawab setelah Sanchez tiba di Old Trafford dengan kini beliau pemilik no.7 ketika ini.Peminat United mengharapkan Sanchez dapat beraksi dengan cemerlang dan berharap dapat meneruskan legasi no.7 United yg menjadi ikonik sejak zaman berzaman .Setakat ini aksi beliau tidak la dikatakan agak cemerlang tetapi konsisten setiap perlawanan walaupun tidak kerap menjaringkan gol.Cuma jaringan terakhir beliau hadir ketika menentang Newcastle Utd baru2 ini dan dianggap hero kemenangan Man Utd ketika lewat minit terakhir perlawanan minggu lalu

Oleh Rafidz Razali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *