THE MUNICH AIR DISASTER 1958.HARI GELAP BUAT DUNIA BOLASEPAK INGGERIS KETIKA ITU.


Genap 61 tahun bencana udara Munich yang berlaku pada 6 Februari 1958 apabila British European Airways 609 terhempas pada percubaan ketiga untuk berlepas dari landasan Lapangan Terbang Munich-Riem, Jerman Barat. Di atas kapal terbang tersebut membawa sebuah kelab bola sepak Manchester United, digelar “The Busby Babes”, bersama-sama dengan penyokong dan wartawan.

Dua puluh daripada 44 penumpang didalam pesawat itu meninggal dunia di tempat kejadian.Ada yang mengalami cedera parah dan juga tidak sedarkan diri, telah dibawa ke Rechts der Isar Hospital di Munich di mana tiga lagi meninggal dunia, menyebabkan 23 kematian dengan 21 yang terselamat.

Pesawat yang membawa skuad Sir Matt Busby yg pulang dari perlawanan Piala Eropah(sekarang dikenali sebagai Liga Juara Juara Eropah)dari Belgrade, Yugoslavia (kini Serbia), menentang Red Star Belgrade berhenti untuk mengisi minyak di Munich kerana penerbangan tanpa henti dari Belgrade Nikola Tesla ke Manchester.
Pada masa percubaan ketiga berlepas telah dibuat, salji telah meliputi landasan dengan salji yang sudah mencair, dan ketika itu lah pesawat tersebut merempuh pagar berhampiran landasan.masalah enjin juga yang membuatkan pesawat itu kerap berhenti.

Senarai pemain Manchester United yang terkorban selepas pesawat terhempas:

Geoff Bent

Roger Byrne

Eddie Coleman

Duncan Edwards (terselamat tetapi selepas 15 hari meninggal dunia di hospital)

Mark Jones

David Pegg


Tommy Taylor


Liam “Billy” Whelan

Staff / Pegawai Manchester United :

– Walter Crickmer(Setiausaha kelab)
– Tom Curry(staff kejurulatihan)
– Bert Whalley(ketua jurulatih)

Wartawan:

Alf Clarke, Manchester Evening Chronicle
Donny Davies, Manchester Guardian
George Follows, Daily Herald
Tom Jackson, Manchester Evening News
Archie Ledbrooke, Daily Mirror
Henry Rose, Daily Express
Frank Swift, News of the World (juga bekas penjaga gol England dan Man.City yang meninggal dunia di hospital)
Eric Thompson, Daily Mail

Penumpang yg lain:

Bela Miklos, (travel agensi)
Willie Satinoff(salah seorg penyokong dan pemilik kelab lumba kuda yang merupakan kawan baik kepada Matt Busby)

Krew yg terselamat:

Margaret Bellis(pramugari) (meninggal pada tahun 1998)

Rosemary Cheverton(pramugari)

George William “Bill” Rodgers(pegawai sistem kawalan radio) (meninggal dunia pada tahun1997)

Kapten James Thain, pilot (meninggal dunia pada 1975)

Pemain dan Pegawai yang terselamat:

Johnny Berry (tidak bermain lagi,meninggal dunia pada tahun 1994)
Jackie Blanchflower (tidak bermain lagi,meninggal dunia pada tahun 1998)
Bobby Charlton
Bill Foulkes (meninggal dunia pada tahun 2013)
Harry Gregg
Kenny Morgans (meninggal dunia pada tahun 2012)
Albert Scanlon (meninggal dunia 2009)
Dennis Viollet (meninggal dunia pada tahun 1999)
Ray Wood (meninggal dunia pada tahun 2002)
Matt Busby,pengurus (meninggal dunia pada tahun 1994)

Wartawan dan Jurugambar yg terselamat:
Ted Ellyard, Daily Mail telegraphist (meninggal dunia pada tahun 1964)

Peter Howard, Daily Mail ,jurugambar (meninggal dunia pada tahun 1996)

Frank Taylor, News Chronicle wartawan (meninggal dunia pada tahun 2002)

Penumpang lain yang terselamat.

Vera Lukić, isteri seorang diplomat Yugoslavia, dan bayi perempuan, Vesna. Kedua-dua penumpang telah diselamatkan oleh Harry Gregg. Pada masa itu, Vera Lukić mengandungkan anaknya Zoran.

Selepas tragedi ini pembantu jurulatih dan pengurus sementara Man.Utd Jimmy Murphy menolak semua tawaran dari kelab2 Inggeris yg ingin menawarkan pemain mereka utk mengisi setengah kekosongan skuad Matt Busby yg telah meninggal dunia.

Kelab gergasi Sepanyol Real Madrid yg menjadi juara Eropah pada tahun tersebut ingin mendedikasikan kejuaraan mereka kepada skuad The Busby Babes ditambah mereka menawarkan percutian ke Sepanyol utk para pemain yg terselamat daripada trauma tragedi itu.Tetapi pihak United menolak secara baik.
Mereka juga menawarkan kepada Manchester United bintang mereka Ferenc Puskas, tetapi malangnya kelab Old Trafford itu tidak dapat menandatanganinya kerana beberapa peraturan FA tidak masuk akal terhadap pemain yang bukan bertutur dalam bahasa Inggeris. Di Stefano juga telah ditawarkan untuk pinjaman semusim tetapi United gagal mendapatkannya kerana mereka tidak mampu membayar gajinya kerana krisis kewangan ketika itu.Pengurus legenda Liverpool Bill Shankly menawarkan 5 pemain utama nya utk menyertai Man.Utd dan ingin membantu dalam proses membina semula skuad Man.Utd, tetapi pihak Old Trafford enggan menerima dan ingin mengekalkan skuad muda dan baki pemain yg terselamat.10 tahun kemudian United mencatatkan sejarah kelab pertama Inggeris yg menjuarai Piala Eropah dibawah pengurusan Sir Matt Busby apabila mengalahkan Benfica di Wembley ,lebih manis sebelum kejayaan memnangi Piala Eropah 2 tahun sebelum nya England yg dibarisi bintang dari Man Utd ,Sir Bobby ,Nobby Stiles dan John Connely membawa kejayaan menang Piala Dunia di Wembley mengalahkan Jerman Barat 3-2 di final.

Pemain legenda United Sir Bobby Charlton mengalami kesedihan dan murung selepas tragedi ini dan juga enggan bermain setelah rakan2 nya telah tiada.Setelah dipujuk oleh Jimmy Murphy ,akhirnya Sir Bobby kembali dari skuad United dan berjaya membawa United ke perlawanan akhir FA CUP menentang Bolton Wanderers sebelum tewas 2-0 di Wembley.

Busby Babes “akan kekal di dalam hati kita, selama-lamanya.

 

 

 

 

 

 

Instagram: https://www.instagram.com/wearegemukes
Facebook: https://www.facebook.com/GerakanEvolusiManchesterUnitedKebal/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCCRtIrxubUcJ5E2U28SDynw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *